Sunday 22 April 2012

BUKU 2: RAHSIA CINTA ANTARA ALLAH DAN HAMBANYA

Buku ini sesuai dibaca bg kita yang ingin mhayati indahnya KEYAKINAN pd ALLAH s.w.t.
Ilmu bila tidak diamal, kita akan lupa. Ilmu bila kita tidak baca, kita akan kehilangan ilmu itu. Bila kita sentiasa bcakap mgenai ilmu, kita akan berusaha untuk berubah menjadi lbh baik. Walau dgn plahan, tp kita b'usaha untuk pbaiki diri lantaran KEJAHILAN diri kita sendiri. Semoga ALLAH s.w.t memberi taufik dan hidayah kepada kita semua sekalian hambaNYA.

Antara inti yg ttulis dlm buku ini adalah spr di bawah:

            1. 'YA ALLAH, aku mohon cintaMUdan cinta orang yang mencintaiMUserta cinta kepada amalan yang mendekatkan aku kepada kecintaanMU'

            2. Sesungguhnya kebaikan itu, luas ruang lingkupnya, meliputi seluruh amal manusia dalam hidupnya, baik amal-amal keagamaan atau kerja duniawi.

            3. 'Kamu tidak berada dalam suatu keadaan dan tidak membaca suatu ayat dari Al-Quran dan kamu tidak mgerjakan pkerjaan melainkan Kami mjadi saksi atasmu pada waktu kamu melakukannya. Tidak luput dari pgetahuan Tuhanmu biarpun sebesar zarah (atom) di bumi ataupun di langit. Tidak ada yang lebih kecil dan tidak pula lebih besar dari itu, melainkan semuanya tcatat dalam KITAB YANG NYATA (LAUH MAHFUZ)'

           4. 'Hendaklah engkau berpuasa, kerana puasa itu tiada bandingnya'

           5. Penyakit yang suka menurut hawa nafsu dan mbangga diri tidak dpt dihilangkan dgn byk mbaca Al-Quran atau bhempas pulas dlm mnuntut ilmu, bzikir dan zuhud. Sifat itu hanya dpt dihilangkan dgn mgeluarkn pyakit tersebut dari hatinya dgn memasukkn sifat yg sbaliknya (SIFAT YG BAIK).

           6. "Sesungguhnya zikir mrupakan ksibukn hati dgn ketaatn kpd ALLAH s.w.t dan ksibukn ini, meskipun remeh, dpt mcegah dr mderhakai ALLAH s.w.t'

            7. Latih diri untuk berzikir (m'ingati ALLAH s.w.t )setiap hari. Sehingga ia sebati dgn diri.

Dia (ALLAH s.w.t) tidak suka mlihat hambaNYA mbebani dirinya diluar kemampuannya. Dia mbimbingnya agar bsikap sderhana dan tenang, serta mnerangkan kpdnya bahawa mdekatkan diri kepada ALLAH s.w.t bukanlah dgn cara MENGHARAMKAN diri drp kesenangan dan REALITI KEHIDUPAN.



SEMUANYA SBG PANDUAN DEMI KESEJAHTERAAN MANUSIA SEJAGAT, ANDAI KITA DAPAT MEMIKIRKANNYA.

No comments:

Post a Comment