1.
*Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkaulah kami minta pertolongan.
*Tunjukkanlah kami jalan yang lurus.
*Iaitu
jalan yang telah Engkau berikan nikmat-nikmat kepada mereka. Sedang
mereka itu bukan orang-orang yang dimurkai dan bukan pula orang-orang
yang sesat.
2.
*Aku berlindung kepada Tuhan yang
memelihara dan menguasai manusia. Raja manusia. Tuhan manusia. Daripada
kejahatan bisikan syaitan yang biasa bersembunyi. Yang membisikkan dalam
hati manusia, daripada kalangan jin dan manusia.
3.
*Aku
berlindung kepada Tuhan (yang mengatur) makluk, daripada kejahatan
maklukNya, dan daripada kejahatan malam, apabila ia telah gelap, dan
daripada kejahatan perempuan-perempuan tukang sihir yang meniup dengan
air ludahnya pada bahul (simpul) tali. dan daripada kejahatan orang yang
dengki (iri hati), bila dia melahirkan dengkinya.
4.
*Dialah
Allah yang Maha Esa, Allah tempat memohon segala hajat. Dia tidak
beranak dan tidak pula diperanakkan, dan tiada suatu pun yang setara
denganNya.
5.
*Jangan jadi pemfitnah, kelak dia akan memunggah kayu api pada hari kiamat untuk membakar dirinya sendiri.
6.
*Apabila
datang pertolongan Allah dan kemenangan, Dan engkau lihat manusia masuk
ke dalam agama Allah dengan berbondong-bondong. Maka, bertasbihlah
serta memuji Tuhanmu dan minta ampunlah engkau kepadaNya, sesungguhnya
Dia Penerima taubat.
7.
*Wahai orang-orang kafir,
aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah, dan kamu tidak akan
menyembah apa yang aku sembah, aku tidak pernah menyembah apa yang kamu
sembah, dan kamu tak pula pernah menyembah apa yang aku sembah, Bagi
kamu agamamu dan bagiku agamaku.
8.
*Allah telah
memberi kebaikan yang banyak, sembahyanglah kerana Allah dan sembelihlah
(korbanmu). Muliakan Nabi Muhammad s.a.w supaya kita tak terputus dari
rahmat Allah.
Allahumma solli 'ala sayyidina
Muhammad.
9.
*Tahukan engkau akan orang yang mendustakan agama?
Maka itulan orang yang mengherdik anak yatim, dan tidak menggalakkan
memberi makan orang miskin. Maka celakalah (azab) bagi orang-orang yang
sembahyang. Iaitu mereka yg lalai dari sembahyangnya, lagi mereka riya'
dan enggan memberi zakat(bantuan).
10.
*Sembahlah Allah yang telah memberi makan untuk menghilangkan lapar dan mengamankan dari ketakutan.
11.
*Dengan PERTOLONGAN Allah, maka setiap rancangan jahat menjadi sia-sia.
12.
*
Celakalah (azab) untuk setiap pengumpat dan pencela. Yang mengumpulkan
harta-benda dan berulang-ulang kali menghitungnya, dia menyangka, bahawa
hartanya itu akan mengekalkannya (untuk hidup di dunia). Tidak sesekali
tidak, sesungguhnya dia akan dilemparkan ke dalam neraka (hutamah),
Tahukah engkau apakah neraka hutamah itu? (Iaitu) api (yang disediakan)
Allah yang dinyalakan. yang membakar sampai ke hati (manusia).
sesungguhnya api itu ditutup rapat atas mereka. Sedang mereka (diikat)
pada tiang yang melintang panjang.
13.
*Demi
masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, Kecuali orang yang
beriman dan beramal soleh dan berpesan-pesan dengan kebenaran dan dengan
kesabaran.
14.
*Bermegah-megah telah melalaikan
kamu (membanyakkan harta benda dan anak-anak) . Sehingga kamu masuk
kubur. Jangan sesekali begitu, nanti kamu akan mengetahui, Kemudian
sekali lagi, jangan sekali-kali begitu, nanti kamu akan mengetahui
(akibatnya). Jangan sekali-kali begitu, kalau kamu mengetahui dengan
ilmu yang yakin, Sesungguhnya kamu benar-benar akan melihat neraka yang
marak menjulang. Kemudian sesungguhnya kamu akan melihat dengan
penglihatan yang yakin, Kemudian kamu akan ditanya pada hari itu tentang
segala nikmat (yang kamu megah-megahkan didunia itu).
15.
*Hari Kiamat. Pada hari itu manusia seperti kupu-kupu yang terbang berkeliaran (kerana ketakutan).
Gunung-ganang spt bulu yg dihampur berterbangan. Orang yg berat timbangannya (banyak kebajikannya) maka dia di dlm kehidupan yg senang lenang. Orang yg ringan timbangannya (sedikit kebajikan, bnyk dosanya) maka tempat kembalinya ialah NERAKA HAWIYAH ( API YANG PANAS MEMBAKAR/.
16.
* Demi (kuda-kuda peperangan) yg berlari kencang dan bermengah-mengah (terdgr suara nafasnya). Lalu mencetuskan api (dgn kuku kakinya). Lalu menyerang (musuh) di waktu subuh. Sehingga menerbangkan debu-debu. Lalu menyerbu di tengah-tengah kumpulan musuh. SESUNGGUHNYA manusia tidak BERTERIMA KASIH nikmat TUHANNYA. DAN SESUNGGUHNYA dia menyaksikan (mengetahui) demikian itu, SESUNGGUHNYA dia sangat bakhil, kerana mencintai harta bendanya. Tidakkah dia tahu, apabila dibangkitkan apa apa yg ada di dalam kubur, dan didedahkan apa apa yg terpendam di dalam dadanya, SESUNGGUHNYA... TUHAN mereka pada hari itu MAHA MENGETAHUI DENGAN MENDALAM TENTANG AMALAN MEREKA.
17.
* Apabila bumi bergoncang dgn goncangnya (yg dasyat). Dan bumi itu mgeluarkan segala isinya. Dan manusia bertanya: Mengapa ia (bumi) jd begini? Pada hari itu, bumi menceritakan khabar beritanya. BAHAWA SESUNGGUHNYA TUHANMU TELAH MEWAHYUKAN (MEMERINTAHKAN) yang demikian kpdnya. Pada hari itu, manusia keluar (dr dlm kubur-kubur) dlm keadaan yg bermacam macam, supaya mereka melihat amal perbuatannya. BARANGSIAPA MENGERJAKAN KEBAIKAN, MESKIPUN SEBERAT ZARAH, AKAN DILIHATNYA (BALASAN) kebaikan itu. BARANGSIAPA MENGERJAKAN KEJAHATAN, MESKIPUN SEBERAT ZARAH, AKAN DILIHATNYA (BALASAN) kejahatan itu.
18.
*Menyembah ALLAH, serta mengikhlaskan agama bagiNya (beribadat mengharapkan keredhaanNYA,), sambil cenderung kpd
tauhid, dan supaya mendirikan solat dan memberikan zakat dan itulah agama yg lurus (betul). Sesungguhnya orang orang kafir di antara ahli kitab dan org org
musyrik, adalah tempatnya di dalam neraka jahanam, serta kekal didalamnya. Merekalah sejahat jahat manusia. Sesungguhnya org org beriman dan beramal soleh, merekalah manusia yg sebaik baiknya. Balasan untuk mereka di sisi Tuhannya ialah SYURGA ;ADN. yang mengalir sungai sungai di bawahnya sedang mereka kekal di dalamnya selama lamanya. Allah redha kepada mereka dan mereka redha kepadaNya. SYURGA itu untuk orang orang yg TAKUT KEPADA TUHANNYA.
19.
AL QURAN diturunkan pd malam qadar (mlm kemuliaan atau taqdir). Malam QADAR itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu, turun para malaikat dan ruh (jibrail) dgn izin Tuhan mereka untuk mengatur setiap urusan. Sejahteralah malam itu, sehingga terbit fajar.
20.
*